Sunday, June 28, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis

Ketibaan Raja Muda Perlis disambut tetamu sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis.


Tetamu bersalaman dengan Raja Muda Perlis.


Ketibaan Raja Muda Perlis disambut dengan persembahan tarian pelajar.


Tuanku Syed Faizuddin..guru harus berpandangan jauh


Hari Guru Peringkat Negeri Perlis Dirasmikan Raja Muda Perlis sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis dan Pengarah Pelajaran Perlis.


Kadet Tentera Sekolah menaikkan bendera.


Persembahan koir oleh guru-guru Perlis.


Berbual...Menteri Besar Perlis dan Raja Muda Perlis.


Penuh minat Menteri Besar Perlis dan Pengarah Pelajaran Perlis melihat koleksi buku yang disumbangkan kepada Yayasan Tunku Syed Putra.

Tokoh Guru...Haji Kamarudin Che Kasim diiringi pelajar memasuki Dewan 2020.


Kiri sekali Che Gayah Akop pendorong utama Haji Kamarudin.


Cikgu Haji Kamarudin Che Kassim menerima cek sumbangan Bank Rakyat sebanyak RM 4000.


Guru dan murid menerima anugerah bergambar kenangan bersama Raja Muda Perlis.


Raja Puan Muda Perlis bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis hari guru ini.


Mansor...Titah tuanku harus diberi perhatian.


Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi¡­ Anak - anak pasangan Kamarudin dan Gayah turut menjadi guru.


Kamarudin¡­anugerah ini untuk semua guru.


BERITA & GAMBAR : Nazirul Aiman Md Hassan

KAMARUDIN TOKOH GURU PERLIS


PERLIS: Tokoh Guru Peringkat Negeri Perlis ke 38 , Kamarudin Che Kassim menyifatkan anugerah yang diterimanya adalah amat besar nilainya sebagai insan biasa yang kerdil.

Beliau yang menerima anugerah Tokoh Guru pada Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2009 Peringkat Negeri Perlis Pada 20 Jun lalu, berkata anugerah ini tidak ternilai baginya sebagai seorang insan biasa dan amat terharu apabila menerima anugerah itu daripada Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil Tuanku Raja Puan Muda Perlis

Katanya penganugerahan yang diterima ini adalah bagi semua yang bergelar guru dan hari ini adalah hari beliau dan mungkin esok untuk guru lain pula.

Menyentuh mengenai profesion perguruan beliau berkata sudah tentu sistem pendidikan sekarang lebih jauh baik dari zaman beliau memulakan tugas sebagai guru dari tahun 1968 hingga 2001.

Tokoh guru ini dilahirkan pada 15 Oktober 1945 di Kampung Darat Beseri Perlis dan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Beseri pada tahun 1952 hingga 1958.

Kemudian, beliau menyambungkan pelajaran keperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma Inggeris pada tahun 1959 hingga 1964. Selepas menamatkan pelajaran di tingkatan lima di Sekolah Menengah pada tahun 1964, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris selama dua tahun 1983 hingga 1997..

Bapa kepada tiga orang anak ini memulakan perkhidmatan perguruan pada tahun 1968 di SK Padang Besar Utara sebagai Guru Besar, selama lima tahun sebelum meneruskan perkhidmatan di SK Beseri pada tahun 1974 hingga 1988.

Sebelum memegang jawatan di Jabatan Pelajaran Perlis beliau berkhidmat di SK Oran pada tahun 1989 hingga 1992.

Tempat terakhir beliau bertugas sebelum bersara ialah SK Budriah pada tahun 1998 hingga 2001.

Hasil pengkongsian hidup bersama isteri Che Gayah Binti Akop juga seorang guru beliau bangga kerana tiga anaknya Khazura Binti Kamaruin, Anida Binti Kamarudin dan Elhami Bin Kamarudin telah menjejak langkah beliau dan isteri sebagai guru juga.

Antara jawatan yang disandang beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dan persatuan ialah Pengerusi Koperasi Guru Melayu Perlis, Pengerusi Pertubuhan Peladang Berseri dan Jawatankuasa Angkasa Angkatan Koperasi Malaysia (JAAKM) .

Anugerah Tokoh guru itu disempurnakan oleh DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil Tuanku Raja Puan Muda Perlis di Dewan 2020, Perlis pada 20 Jun yang lalu.

Di majlis itu beberapa hadiah lain turut disampaikan antaranya Johan bagi pertandingan menulis cerita kanak yang dimenangi oleh Nur Azlin Binti Nazorie dari SK Padang Besar Utara bagi katogori sekolah rendah dan Fatin Atikah Binti Hashim dari SMK Putra dan Menengah atas dari SMK Agama Perempuan Kangar.

Bagi kategori guru invoatif dimenangi oleh Abidin Bin Hussin dari SMK Tengku Badriah, Muainah Binti Ismail dari SK Sena, Yahya Bin Nayan SMK Agama Arau, Hanan Binti Bakar dari SK putra dan Roslan Bin Othman dari SMK Syed Alwi

Terdahulu ketika bertitah di majlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail , Raja Muda Perlis menyeru guru supaya memberikan tumpuan terhadap bidang tugas dan mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang progresif, inovatif dan cintakan negara.

Titah baginda lagi guru hendaklah berpandangan jauh dengan menjadikan bidang kejayaan ini sebagai hati loncatan untuk sama-sama mempercepatkan prosesmodensasi negara dan negara.

Dalam pada itu Pengarah Pelajaran Mansor Lat yang ditemui berkata, titah tuanku di majlis itu harus diberi perhatian oleh semua guru.

Katanya antara yang digariskan oleh baginda ialah meningkatkan hubungan antara ibubapa, murid melalui PIBG, mengadakan kerjasama dan saling bertukar pandangan antara guru, menyematkan keikhlasan dalam etika kerja, tingkatkan diri dalam ilmu pengetahuan, bertindak sebagai agen dalam menyampaikan agenda kerajaan terutamnya berkaitan dengan pembentukan mondal insan kelas pertama dan elakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi profesion perguruan.


Lebih 1000 guru dan tetamu hadir dimajlis itu termasuk Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Mat Isa Sabu.

Sunday, May 3, 2009

FOTO SAYA DICIPLAK

Ini merupakan bukti gambar saya.Salinan sebenar hanya ada pada saya sahaja.

Ini juga sama

STORY NI KUAR DI MAJALAH REMIX MEI 2009

Perkara ini saya jadikan peringatan. Perkara ini berlaku semasa saya masih study di UUM. Pedih memang terasas di hati apabila sehari suntuk saya tolong cover event ni. Tapi ini balasannya.. ALHAMDULILLAH

Thursday, April 9, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 (UUM)

Lompat kegirangan...Ni gambar aku ambil dengan geng2 pro UUM..Thankz kepada semua..




Ni member aku. Dah konvo..Tahniah



Bila tengok gambar orang konvo, tak sabar lah pula nak konvo...Mac tahun depan InsyaAllah giliran aku pula..Hehehe..Tak sabar....

Saturday, March 21, 2009

SEMINAR TEKNOLOGI MEDIA

Dengan contol machonya aku sedang membentang hasil kajian aku.. Foto by www.jolyna.blogspot.com

Aku dan tersayang

Tengah nengok2 kamera fiq, tak tau sapa pegang kamera aku, rasa nana ni, tq ada gak gambar aku.

Fiq n da geng..Yang pakai tudung hitam tu gila..Gila bergambar..Hahaha





Majlis Penutup


Semua budak2 jurusan teknologi media semester akhir..Ni lah sem last wat kita semua...Semoga semua akan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar lepas ni..

Harap sudi komen dari segi teknik gambar serta kekurangan yang ada pada gambar yang diupload ini bagi tujuan memantapkan lagi hasil karya aku... Macam selalu komen kat fotopage..
Komen lah dengan seikhlas yang mungkin, kalu tak cantik, katakan tak cantik...

Wednesday, March 18, 2009

Le Tour de Amal Untuk Palestin

Perjalanan bermula pada pukul 8.00 pagi menuju ke kampung sekitar jitra bagi tujuan mengumpul dana untuk Palestin...
Ini antara aktiviti di kampung untk memeriahkan lagi majlis, tiup la belon tu sampai pecah..yang tukang tangkap gambaq belakang tu ati2...nanti jatuh...
Antara aktiviti wajib.. Penyerahan wang yang dikumpul di setiap kampung





Perjalanan pulang ke Universiti Utara Malaysia

Wednesday, March 11, 2009

Bengkel Kepimpinan Diri Pelajar MRSM





Majlis berlangsung pada bulan febrauari dulu.. Aku n da crew memegang biro audio dan visual. Alhamdulillah semua berjalan lamcar sepanjang kami cover majlis ni. Tapi adalah gak mulut yang tak der insurans ni, yang tak tau apa2, menyakitkan hati aku betul...
Aku pun malas nak cita panjang2... Tapi yang mulut tak da insurans tu, lu pikir la sendiri....
Apa2 pun hasil kerja kami dapat pujian dari Pensyarah, pengetua MRSM n memang kami puas dengan apa yang kami lakukan...
Skop tugasan kami adalah rakam foto dan album, and then kena edit dalam masa 2 hari untuk present depan semua audien..
Alhamdulillah walaupun banyak dugaan kami berjaya siapkannya... Antara masalahnya Laptop da jadi tak betul..Huhuhu..
Memang tertekan gila, tapi bila ditayangkan Allah sahaja yang tau betapa puasnya hati kami dapat siapkan tugasan yang tak seberapa ni.....Kami berjaya mencapai matlamat kami iaitu kepuasan kami sendiri dan juga audien..Kepada adik2 MRSM minta maaf sebab tak dapat nak bagi video tu kerana Saiz video yang terlalu besar..
Nanti minta kat cikgu, Video telah diburn dalam bentuk vcd
Ni gambar yang sempat aku upload....Huhuhu...