Sunday, June 28, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis

Ketibaan Raja Muda Perlis disambut tetamu sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis.


Tetamu bersalaman dengan Raja Muda Perlis.


Ketibaan Raja Muda Perlis disambut dengan persembahan tarian pelajar.


Tuanku Syed Faizuddin..guru harus berpandangan jauh


Hari Guru Peringkat Negeri Perlis Dirasmikan Raja Muda Perlis sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis dan Pengarah Pelajaran Perlis.


Kadet Tentera Sekolah menaikkan bendera.


Persembahan koir oleh guru-guru Perlis.


Berbual...Menteri Besar Perlis dan Raja Muda Perlis.


Penuh minat Menteri Besar Perlis dan Pengarah Pelajaran Perlis melihat koleksi buku yang disumbangkan kepada Yayasan Tunku Syed Putra.

Tokoh Guru...Haji Kamarudin Che Kasim diiringi pelajar memasuki Dewan 2020.


Kiri sekali Che Gayah Akop pendorong utama Haji Kamarudin.


Cikgu Haji Kamarudin Che Kassim menerima cek sumbangan Bank Rakyat sebanyak RM 4000.


Guru dan murid menerima anugerah bergambar kenangan bersama Raja Muda Perlis.


Raja Puan Muda Perlis bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis hari guru ini.


Mansor...Titah tuanku harus diberi perhatian.


Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi¡­ Anak - anak pasangan Kamarudin dan Gayah turut menjadi guru.


Kamarudin¡­anugerah ini untuk semua guru.


BERITA & GAMBAR : Nazirul Aiman Md Hassan

KAMARUDIN TOKOH GURU PERLIS


PERLIS: Tokoh Guru Peringkat Negeri Perlis ke 38 , Kamarudin Che Kassim menyifatkan anugerah yang diterimanya adalah amat besar nilainya sebagai insan biasa yang kerdil.

Beliau yang menerima anugerah Tokoh Guru pada Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2009 Peringkat Negeri Perlis Pada 20 Jun lalu, berkata anugerah ini tidak ternilai baginya sebagai seorang insan biasa dan amat terharu apabila menerima anugerah itu daripada Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil Tuanku Raja Puan Muda Perlis

Katanya penganugerahan yang diterima ini adalah bagi semua yang bergelar guru dan hari ini adalah hari beliau dan mungkin esok untuk guru lain pula.

Menyentuh mengenai profesion perguruan beliau berkata sudah tentu sistem pendidikan sekarang lebih jauh baik dari zaman beliau memulakan tugas sebagai guru dari tahun 1968 hingga 2001.

Tokoh guru ini dilahirkan pada 15 Oktober 1945 di Kampung Darat Beseri Perlis dan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Beseri pada tahun 1952 hingga 1958.

Kemudian, beliau menyambungkan pelajaran keperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma Inggeris pada tahun 1959 hingga 1964. Selepas menamatkan pelajaran di tingkatan lima di Sekolah Menengah pada tahun 1964, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris selama dua tahun 1983 hingga 1997..

Bapa kepada tiga orang anak ini memulakan perkhidmatan perguruan pada tahun 1968 di SK Padang Besar Utara sebagai Guru Besar, selama lima tahun sebelum meneruskan perkhidmatan di SK Beseri pada tahun 1974 hingga 1988.

Sebelum memegang jawatan di Jabatan Pelajaran Perlis beliau berkhidmat di SK Oran pada tahun 1989 hingga 1992.

Tempat terakhir beliau bertugas sebelum bersara ialah SK Budriah pada tahun 1998 hingga 2001.

Hasil pengkongsian hidup bersama isteri Che Gayah Binti Akop juga seorang guru beliau bangga kerana tiga anaknya Khazura Binti Kamaruin, Anida Binti Kamarudin dan Elhami Bin Kamarudin telah menjejak langkah beliau dan isteri sebagai guru juga.

Antara jawatan yang disandang beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dan persatuan ialah Pengerusi Koperasi Guru Melayu Perlis, Pengerusi Pertubuhan Peladang Berseri dan Jawatankuasa Angkasa Angkatan Koperasi Malaysia (JAAKM) .

Anugerah Tokoh guru itu disempurnakan oleh DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil Tuanku Raja Puan Muda Perlis di Dewan 2020, Perlis pada 20 Jun yang lalu.

Di majlis itu beberapa hadiah lain turut disampaikan antaranya Johan bagi pertandingan menulis cerita kanak yang dimenangi oleh Nur Azlin Binti Nazorie dari SK Padang Besar Utara bagi katogori sekolah rendah dan Fatin Atikah Binti Hashim dari SMK Putra dan Menengah atas dari SMK Agama Perempuan Kangar.

Bagi kategori guru invoatif dimenangi oleh Abidin Bin Hussin dari SMK Tengku Badriah, Muainah Binti Ismail dari SK Sena, Yahya Bin Nayan SMK Agama Arau, Hanan Binti Bakar dari SK putra dan Roslan Bin Othman dari SMK Syed Alwi

Terdahulu ketika bertitah di majlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail , Raja Muda Perlis menyeru guru supaya memberikan tumpuan terhadap bidang tugas dan mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang progresif, inovatif dan cintakan negara.

Titah baginda lagi guru hendaklah berpandangan jauh dengan menjadikan bidang kejayaan ini sebagai hati loncatan untuk sama-sama mempercepatkan prosesmodensasi negara dan negara.

Dalam pada itu Pengarah Pelajaran Mansor Lat yang ditemui berkata, titah tuanku di majlis itu harus diberi perhatian oleh semua guru.

Katanya antara yang digariskan oleh baginda ialah meningkatkan hubungan antara ibubapa, murid melalui PIBG, mengadakan kerjasama dan saling bertukar pandangan antara guru, menyematkan keikhlasan dalam etika kerja, tingkatkan diri dalam ilmu pengetahuan, bertindak sebagai agen dalam menyampaikan agenda kerajaan terutamnya berkaitan dengan pembentukan mondal insan kelas pertama dan elakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi profesion perguruan.


Lebih 1000 guru dan tetamu hadir dimajlis itu termasuk Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Mat Isa Sabu.

2 comments:

@mytoodakstudio said...

wow! bestnya kalau dapat amik gambar VVVIP nih. story hang bagus idea pon banyak. teringt aku ms kt UUM dl wat sintokonline. la nih dok kt TV lak.. kamera simpan dalam poket jah. kikikikk

NAZIRUL AIMAN said...

baguslah dok kat tv lak, dapat pengalaman baru...biasa ja story tu..huhuhu..Tapi memang best lah waktu ambil gambar tu, sempat gak merasa pegang d3 sorang bro nih...huhuhuh...

Post a Comment