Sunday, February 8, 2009

Entry Pertama

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat blog aku ni... wat masa sekarang tak dapat nak upload apa2 gambar lagi coz busy sikit... Aku buka blog ni kerana aku ingin berpindah dari fotopage ke blog pula atas alasan2 yang tertentu...
Dengan wujudnya blog ini aku juga berharap dapat menjadi yang lebih baik dari dulu dan dapat menghasilkan hasil seni dalam fotografi yang lebih kreatif dan berani...
Alhamdulillah sejak aku menceburi bidang ni sedikit sebanyak dapat memberikan aku sedikit rezeki..
Namun aku menceburi bidang ni bukan semata - mata kerana wang. Wang adalah alat dan kepuasan adalah matlamat aku...
Namun banyak lagi perkara perlu aku pelajari untuk terus memantapkan hasil seni aku.
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada emak aku yang banyak membantu aku untuk berjuang dalam bidang ni..
Begitu juga kepada kakak aku, ni antara 2 orang yang banyak membantu aku..
Tak lupa juga kepada keluarga aku.
Selain itu juga insan yang ku sayangi juga banyak memberi aku semangat sewaktu mula2 aku menceburi bidang fotografi ini.Beliau juga turut berminat dalam bidang ni. Alhamdulillah la bercinta dengan orang yang mempunyai minat yang sama....
Lepas ni aku akan upload hasil kerja tangan aku seperti gambar2 kahwin dan juga gambar2 yang aku hasilkan walau kemana aku pergi..
Aku harap semua sudi memberi tunjuk ajar kepada aku untuk sama2 menjadi yang terbaik dalam diri masing2..